rumi dan juli



"haaaa, juli datang lagi..."
"hey, july is here!!"
"lah, dah bulan julai ke?"

ye, bulan julai kini kembali lagi. rasa begitu cepat masa berlalu. rasa baru je sambut new year 3 hari lepas. (tipu, tahun ni mane ade sambut new year, kau kat bilik kot, kebosanan mase 2)  juli oh juli~ rasa macam berperasaan aneh. dia macam takut, tapi bukan takut, saya pon tak tau apa. tapi merupakan sebuah perasaan. yelah, cepat sangat masa berlalu. terfikir juga apa yang saya dah buat dalam masa 6 bulan ni. yang paling utama, azam yang dipasang awal tahun hari tu dah berjaya dicapai ke belum?hehe.. kalau belum, usaha nak merealisasikannya tu dah banyak mana? ini semua soalan untuk diri sendiri. tapi, boleh juga kalau awak-awak semua nak sibuk-sibuk juga. berkongsi itu mengambil berat (sharing is caring) :p


persoalan demi persoalan :


kata nak kumpul duit dan tak nak membazir.
sudah mula kumpul duit? ikut target x?


kata nak berubah menjadi lebih baik.
ada progress tak? ke tanduk syaiton makin meninggi? :p


kata nak dapat keputusan peperiksaan yang masyuk.
sudah berusaha ke arah itu? perancangannya?


kata nak jadi anak yang meringankan kerja ibu bapa.
kain dalam bakul tu dah lipat?
(byk gile kot berlonggok dalam bakul 2, malasnyeee -__-)


kata nak kahwin tahun ni.
dah bersiap sedia mental dan fizikal?
(wah, fizikal,haha)


dan banyak lagi lah bendanya. semua orang ada impian, azam, misi, target masing-masing kan. yang bezanya, tercapai atau tidak, berusaha atau tidak je. tapi kalau saya, azam tahun ni sama je macam azam tahun lepas. adalah tambah sikit-sikit.
kepada yang belum berjaya tu, jangan risau, baru bulan julai kan, masih belum terlambat nak capai azam tu. kalau sampai akhir tahun nanti pon tak tercapai juga, tak mengapalah. sekurang-kurangnya sendiri puas hati sebab sendiri dah berusaha. maka, jom berusaha!! (cube kire ade bape byk usaha kt cni,mcm byk kn?)


well, congratulations to siti hajar harith and also nadrah ismail :D happy being wifey!!
haha, can't wait to see u with a big bump to class..if and only if you get pregnant before we grad la. :p


selamat pengantin baru!! :)))))) 


(they are my classmates, and we are 22years old)


--> soalan2 di atas random je, bukan planning sy ye..kang salah anggap pulak :p

2 comments:

Ziela Amjis said...

eh bukan june ke?

cik dhiya said...

ha'ah la june!! hahaha..adoi, cuti2 ni confused laaa -____-"