28072010 - problemo

do i need a new laptop?
yeay!!!
suka lah nak dapat laptop baru.
ada ke orang tak suka nak dapat benda baru?
mungkin ada lah, tapi mungkin tak ramai.

ini cuma berangan je nak berlaptop baru.
hakikatnya, kau nak korek mana duit ribu-ribu?
nak beli antivirus pon ambil masa setahun baru nak beli.
ada hati nak laptop baru.
tapi nak laptop baruuuuu =(

nak dekat seminggu tak ada laptop.
sekarang baru nak sedar betapa pentingnya laptop dalam kehidupan seorang pelajar universiti.
banyak kerja tak boleh nak buat.
nak approve yahoo group pon kena pinjam laptop kawan.
nasib baik kawan berbaik hati.
dah 3 jam guna, tadi kata kejap je =p

permulaan yang kurang baik untuk sem baru.
cis!

28072010 - waka waka



anda puasa. 

pernah tak anda mengalami muntah-muntah?
tak larat langsung?
tak berdaya nak bjalan?
mandi pon asal basah?
solat dlm keadaan duduk selepas rakaat kedua?
buat semua benda dan diselang-selikan dengan baring?
hampir mahu pengsan?
berjalan umpama mayat hidup?

ye, saya mengalaminya semalam.
rasa macam perempuan mengandung pon ada.
tak tahu mengapa.
sebab tak makan selama 24jam kot.
tapi masih rasa nak puasa.
dah habis kental la kau?
ternyata kau insan lemah.

pengajaran : sedar diri, makan untuk hidup, jangan rasa hebat sangat tak makan, lepas tu nak puasa.

2nd 20072010 - disease

laptop semakin nazak.
tak berani nak shut down, hibernate je.
kalau dah shut down memang susah nak on balik.
malam tadi sepanjang malam cuba banyak kali nak on laptop ni.
tah apa masalah pon tak tahu.
mengada-ngada lebih.


sebab ini bukan kali pertama jadi macam ni, dan dah berkali-kali-kali-kali jadi,
maka tak ada lah gelabah sangat. agak tenang lah, tp rasa nak menyumpah 10x.
i tell u, dah lama tak tengok movie kat laptop ni.
that's why tak pernah heran pasal series baru ke, movie baru ke, 
mintak-mintak kawan movies baru.
sebab kalau ambil pon bukan boleh tengok.
damn u greeny! (my laptop's color is green)


gossip girl tengok season one je, grays? tak payah tanya lah.
kalau tengok pon dekat laptop kawan.
glee? nak tengok, tapi tak boleh. -___-
kesian tak? kesian tak?
lame? memang!


oh, kalau tanya pasal game lagi tak ada.
yang ada pon solitaire.


nak format laptop minggu ni juga!!!


tapi kena beli antivirus, external hard disc.
kenapa external mahallllllll???? kesian duit tauu~


selalu macam ni. bila ada benda kena beli, macam-macam lah yang berkaitan kena beli juga.
contohnya, shower foam dah habis. dan-dan tu jugak shampoo nak habis.
tiba-tiba oh, ubat gigi tinggal sikit lah. 
lepas tu perasan, rupanya sabun basuh baju pun tinggal sikit.


tak rasa macam disease ke?
cepat je nak spread. *sigh*

20072010 - today is tuesday

longgarnya kain baju kurung ni
hahahaha
dah kurus ke getah kain ni dah mereput?
longgar gila!!
tpaksa lipat 3x 
-___-"

air milo tumpah dekat baju
apakah dosa yang telah aku lakukan?
nasib baik macam tak nampak sangat

oh, nak bersiap
nak pergi class immunology dengan semangat membara-bara!!
=p

19072010 - the brain starts working again



happy monday people!! =D


biasanya hari isnin hari yang kurang bersemangatkan? tapi hari ni, saya semangat.
sebab nak pergi class english for academic purpose a.k.a EAP (my first class, prev class dah ponteng).


so, the lecture was quite funny and interesting. congrates lah madam, you caught my attention well.huhu..
talking about english, it is actually my favourite subject since my primary school.
until now. but i don't know why my english still s.u.c.k.s 
pity me~~
* i found that mostly english teachers are cool ,hehe..


the assignment was given and we have to find an argumentative issues that related to our studies.
for my course, of course it is definitely something to do with the body, health and etc.
basically science based topics. so everyone in the class thinking so hard what topic should be taken for this assignment since our madam want something wow! and wonderful and attractive.


semua orang semangat nak pilih tajuk yang bombastik. kekangan masa menyebabkan saya tak berapa nak bfikir sangat nak buat tajuk apa. bukan malas ye, tapi masa tak sesuai nak fikir banyak-banyak,hehe.
ada lah terlintas beberapa topik yang mungkin boleh dipilih. tapi belum betul-betul confirm nak buat tajuk mana. masih tercari-cari. jadi, kalau awak semua ada idea bernas, bagitahu lah saya. mana tahu idea awak membuat saya rasa menarik dan tertarik,hehe.


********************************************************************


lepas class tadi, nak pergi lunch deakt kuliyyah of medicine a.k.a KOM
tiba-tiba dapat message class pukul12 cancel. hiphiphooray3!!
tapi the bad news --> 3 hours lecture in the evening -____-"


memandangkan masa masih banyak, konon-konon nak pergi library. 
cari apa-apa yang boleh guna untuk EAP ni. tetapi sebab tak tahu nak cari dekat mana, 
dan apa yang nak dicari, end up dengan buat benda yang out of plan.
biasalah tu, buat benda yang tak ada dalam plan.
jumpa 3 buku yang agak menarik :


self-massage
NO!
how to stand with people we can't stand


buku self-massage tu cerita macam-macam pasal self-massage atau dalam bahasa melayu urut sendiri.
the benefits, the ways to massage, the right point to do massage, the positions, the essential things needed and many more. i didn't read the whole book, but i just turn here and there.

how to say no? why it's so difficult to say no?
nak tahu pergi lah cari buku tu. malas nak baca. selak-selak je =p

oh, buku ke-3 memang menarik. tapi tak sempat nak baca. sebab rasa penat dan mengantuk. balik bilik lagi bagus, boleh baring-baring, get ready for next class. hehe.

going to the library is a good start for a new semester. am i right?
i did, how about you? *winksssz!!


-->tomorrow is my first class for immunology. dr. tariq yaww!! @__@  remember2, positive thinking nodya!!! =D 


---> sebenarnye sedikit cuak dan curious. oh, i love immunology!



radio 2




Pantun Budi
(by Tan Sri Dato' SM Salim)

Kalau menebang 
Kalau menebang si pohon jati 
Papan di Jawa, aduhai sayang 
Papan di Jawa dibelah-belah 
Kalaulah hidup 
Kalaulah hidup tidak berbudi 
Umpama pokok, aduhai sayang 
Umpama pokok tidak berbuah 

Bunga selasih 
Bunga selasih si bunga padi 
kembanglah mekar, aduhai sayang 
kembanglah mekar di dalam taman 
Pertama kasih 
Pertama kasih kedua budi 
Yang mana satu, aduhai sayang 
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana 
Datuk laksamana ke Bangkahulu 
Belayar kapal, aduhai sayang 
Belayar kapal membawa garam 
Bagailah mana 
Bagailah mana kapal nak lalu 
Kuala sudah, aduhai sayang 
Kuala sudah dilimbung karam 

Bungalah padi 
Bunga padi bunga kiambang 
Buat hiasan, aduhai sayang 
Buat hiasan di taman bunga 
Buahlah hati buahlah hati kekasih orang 
Hamba menumpang, aduhai sayang 
Hamba menumpang gembira saja




--> this is one of my fav traditional song. sumpah best woh! dengar gambus die, perghhh!! rase nak menari..okay, adrenalin sedang memuncak..

15072010 - tahun tiga



bangun-bangun pagi, semangat nak pergi class. pathology class. curious juga lah,huhu. agak berkobar-kobar sebab ini class pertama sebagai pelajar tahun tiga..yeay!!! =D
(orang lain dah pergi class berhari-hari, tp saya baru start hari ni, balik lambat)


tak sangka dah jadi student 3rd year. maksudnya usaha kena dilipat lipat lipat ganda kan lagi lah.
berat woh sem ni. ada 2 subjects 4 credit hours!! -____-"
ada class dr.tariq juga. seperti yang semua orang tahu, dr.tariq sangat scary and dangerous. how dangerous? 
i say VERY! in terms of EVERYTHING! scary~


beware of thissss :


PATHOLOGY
IMMUNOLOGY
BIOSTATISTICS
PHARMACOLOGY
ENGLISH for ACADEMIC PURPOSES
RECREATION

ramai senior cakap sem ni heavy. adoi, menakutkan. 
ohhhhh, saya nak naikkan pointer!!! saya pun nak jadi star juga. saya pun nak dapat DL juga. kan senah??
dear Allah, please give me super duper extra strength for me to go through all this with happy face, happy result.
oi satanssss, go away!! i hate you forever and ever!!!

(ye,saya mudah terpengaruh =/ )
hopefully, semangat ni semua akan membara berapi-api sampai hujung sem.


sem ni juga nampak gayanya ada banyak kerja. serious tak nak buat kerja last minute lagi. 




--> semalam buat wall climbing. best gile! 5x naik sampai atas. terperanjat segala muscles. balik tangan menggigil2 macam baru dapat parkinson. mandi nak sabun badan pon tak larat.tp best!!!! =D

10072010 - slow goodbye



less than 24 hours.
or less than 30 hours.

i will bring along all the 18 years old memories with me.
to the place where a new life begins.
where i am not really happy with it.
where some people might "care" about my movements.
less privacy.
i am quite worry.

think positive.
new place, new life, new experience.
yeah, new experience.
good one please.

i am pretending to be okay.
like feel nothing.
inside me, all the faces keep on haunting me.
the memories too.
tell me how i want to resist.
when i spend most of my childhood and teenage time here.

tomorrow,
slow goodbye.
sad.

08072010 - banyak orang banyak ragam

done with Charity in Langkawi 2010 (CIL'10).


thanks  to dilla. she invited me to join the program. somehow felt quite lucky because i don't have to be interviewed like other participants, hehe.


few days left. the semester break will end soon. so far, i am satisfied with what i've done. 
everything end up accordingly and smoothly and happily. yeah, i am still alive.


the time is very limited for me to tell everything in details. (dalam hati berombak-ombak cerita yang boleh diceritakan). 


so, briefly :


saya akan berpindah pada 11hb julai 2010
4 perkataan, "sedih dan berat hati".

saya akan kembali ke pangkuan IIUM Kuantan yg dikasihi.
suppose by 12th dah kena ada dekat kuantan. 
tapi, atas alasan berpindah, saya balik lambat sikit.
oh, tak sabar nak jumpa kawan-kawan!

saya memerlukan banyak tenaga.
sebab barang-barang yang nak kena bawa masa pindah sumpah baaaaaanyak!
ada sesiapa yang nak membantu derma tenaga?

saya rasa cuti 3 bulan ni buat saya sedikit gemuk.
(kawan yang cakap, kalau tak saya tak rasa sangat, rasa sikit je)

saya rasa teruja nak naik sem baru.
biasalah, bila buka sem baru, penuh la semangat dan iltizam yang membara.
semoga membara sehingga ke akhirnya.

saya sayang rumah ini :(
walaupun rumah kayu saja, rumah dalam kampung, tapi rumah ni best!
privacy terjaga.
aman, damai, tenang, sejuk.......
tiap-tiap malam sebelum tidur, kira lagi berapa hari nak pindah.
sob sob~

sekarang, ada beberapa mas-mas indon tengah mengangkut pasu-pasu bunga 
yang sumpah banyak dekat rumah ni.
dekat luar rumah, memang dah terang-benderang.

saya ada katil baru, yeay!!
ada katil idaman, tapi tak jumpa pon =/

ada banyak gambar, tapi tak upload lagi.

ada banyak lagi sebenarnya nak cakap.


apa kaitan dengan banyak orang banyak ragam? selama cuti 3 bulan ni, macam-macam benda saya dah buat. banyak tempat juga lah dah pergi. maka, saya telah berjumpa dengan raaaaamai orang. memang betullah, manusia ni, bukan semuanya sama. bukan semua ada pemikiran yang sama. bukan semua ada kelakuan yang sama.
nak berhadapan dengan orang yang banyak ragam ni bukanlah semudah mencabut rumput dekat tepi pasu. harus ada kesabaran juga. tak apa lah, semoga saya tidak menjadi seorang yang menyusahkan orang lain,haha.


sebab itulah, banyak orang banyak ragam.


--> tgh kemas2 jumpe camera lama abah, ricoh yaww..tp dah xboleh nk gune :( kne repair kalau nk guna..siap dengan flash skali..filter nk hoya je..aku nk beli filter pon pk berkali2,huhu..