06122011(ii)

tiga minggu lepas saya mengalami kemalangan.
di km 211.
lebuhraya pantai timur.
dari kuala lumpur menuju ke gambang.
tak tahu datang dari mana, 
tiba-tiba tiga ekor anak babi berada di tengah-tengah jalan.
lorong belah kiri.
ye, TIGA EKOR ANAK BABI.
bukan babi hutan.
sebab anak-anak babi tu bukan berwarna hitam mahupun kelabu.
kalau melintas takpe juga.
ni dok main tengah jalan buat apa??
dah dekat baru perasan itu babi.
tak sempat nak elak, lalu dang!!
tidak pula diketahui berapa ekor yang mati.
namun bersyukur kerana tiada darah dijumpai.
kalau tidak, memang mimpi ngeri 32 hari.
bersyukur juga kerana tiada kemalangan jiwa.
tiada kenderaan lain berhampiran tempat kejadian,
kalau ttidak, mungkin perlanggaran antara kereta terjadi.

ini cerita benar. 
serious.

No comments: