saya pelajar asrama. sejak tingkatan 1 lagi. ingat nak masuk asrama sampai sebulan dua bulan tiga bulan je. rupanya sampai 5 tahun. bila ingat balik, bapak lama 5 tahun tu. asrama saya biasa-biasa je. tak macam mrsm, mewah. 5 tahun jugak basuh baju pakai tangan. sampai kecut-kecut tangan. balik sekolah je, meluru turun bas masuk toilet. sebab nak cop tempat basuh baju. nanti ada orang cop dulu, lambat basuh baju. kehidupan asrama memang hectic. lagi-lagi kalau ambil spm atau pmr. dengan prep la, tuition dekat asrama, kelas tambahan dekat sekolah. tapi, tak tau lah apa yang bertambah. kuantiti tidur agaknya. tuition banyak, setiap malam. weekend pon sama wey. letih dengan kelas-kelas ni. kalau nasib baik, weekend ada bengkel. 8am-10am, rehat, sambung sampai pukul 12 ke 12.30pm macam tu. kalau bengkel buat dekat dewan, campur laki perempuan. laki belah sana, perempuan belah sini.


tapi, kalau nak cerita pasal kehidupan dekat asrama ni, memang susah nak habis. mungkin kena buat beberapa version. dorm, dewan makan, roll call, sesi jumpa warden, sesi kena marah sebab tak turun prep, sesi dalam toilet, sesi bilik tv, sesi dengan akak kantin, sesi outing, sesi kad outing kena tahan sebab masa ujian dapat sikit A, sesi nasihat oleh warden, sesi mengumpat senior, sesi bercinta, sesi kerah tenaga, sesi juniors, macam-macam lagi lah.


petang tadi, masa jalan-jalan dekat dapur, ternampak ada satu mug ni. terkenang masa lampau. mug warna putih, cartoon apa tah. siap ada nama. haha. bila ingat balik, kat asrama dulu boleh kata semua benda pon nak tulis nama. walaupun ada yang tak tulis nama, tapi majoritinya mesti tulis. nama panjang ada, nama pendek ada. bila dah meningkat sedikit dewasa, duduk asrama lagi. tapi dah tak heran pasal tulis-tulis nama. tak cool lah kan tulis-tulis nama ni. macam takut sangat pulak orang nak curi. itu pon kalau ada orang nak curi. mungkin juga sebab dah matang sikit kot, maka tak perlu lah nak tulis-tulis nama. sebab semua tahu mencuri adalah berdosa. kalau curi nanti Tuhan marah. mungkin juga sebab dah kenal barang sendiri walaupun benda tu sama dengan kawan punya. fungsi aura mungkin juga ada di sini.


berikut merupakan benda-benda yang saya tulis nama masa duduk asrama dulu :



  1. mug
  2. baldi
  3. gayung
  4. berus basuh baju
  5. bakul letak barangan mandi
  6. bantal
  7. selimut
  8. hanger
  9. hujung cadar (tulis kecik je)
  10. pelbagai jenis buku (buku sekolah of course la kan)
  11. pemyepit baju





buat masa ni, itu je yang teringat. tapi, saya yakin, ada lagi yang lain. nak cakap saya skema? haha, silakan. saya memang skema, dan innocent. sampai sekarang kot macam tu =)))

3 comments:

perindu_خلافة said...

hahaha.. smpai ke berus gigi pun~
^_^

نور فضيلا said...

penyepit baju pun? hadoiii..perlu ke cik dya oi..hahahha..ayat last skali aku xleh terima. rase nak hantuk kepala kat dinding. haha

cik dhiya said...

@perindu, berus gigi tu tak lah,haha..melampau gile kalau mcm tu :p

@dilla, itu pemikiran pada masa itu, kalau ikot pemikiran masa sekarang gile ngeng sampai penyepit baju pon nk tulis nama,haha..tp kalau ko dok asrama pada masa itu, i bet u will do the same :p salah ke ayat last aku? betul kan? hehe