Kuantan sangat sejuk sekarang. Semua pon passive je rasa.
Tengok comforter rasa tergoda, tapi terpaksa persetankan je perasaan tu.
Katil memang tak berani nak try baring ke apa ke, takut terlelap,langsung jihad.
Katil hanya jadi tempat letak notes yang menimnbun. Tak cukup ruang dekat meja belajar.
Kalau letak semua atas meja, nanti siku terlanggar, sayap jadi kecik.
Tak berapa nak suka lah.
Penyelesaiannya, tebar je semua atas katil, senang.
Setiap kali exam besar,mesti kuantan nak cuaca suram-suram.
Mempengaruhi mood juga tu secara tak langsung.
Tadi mandi, memang menggigil-gigil. Tak tipu punya.
Kipas pon buka no.3 je. Biasa tu no.5 pon xcukup sejuk.
Itulah dia kuantan. Bila dah sejuk, sampai bone marrow pon passive kesejukan.
Bila dah panas, jalan kaki nak pergi class pon macam nampak tak nampak jalan je.
Sebab mata tak boleh bukak. Silau.
Esok nak study pathology. Dengan biostatistics sikit.
Lepas tu terus menerus hadap immunology.
Semoga berjaya wahai nurdhiya izyan binti mohd radza!!
No comments:
Post a Comment