26112010 - krohhh! krohh!


your sleep is a 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

lie


saya pelajar asrama. sejak tingkatan 1 lagi. ingat nak masuk asrama sampai sebulan dua bulan tiga bulan je. rupanya sampai 5 tahun. bila ingat balik, bapak lama 5 tahun tu. asrama saya biasa-biasa je. tak macam mrsm, mewah. 5 tahun jugak basuh baju pakai tangan. sampai kecut-kecut tangan. balik sekolah je, meluru turun bas masuk toilet. sebab nak cop tempat basuh baju. nanti ada orang cop dulu, lambat basuh baju. kehidupan asrama memang hectic. lagi-lagi kalau ambil spm atau pmr. dengan prep la, tuition dekat asrama, kelas tambahan dekat sekolah. tapi, tak tau lah apa yang bertambah. kuantiti tidur agaknya. tuition banyak, setiap malam. weekend pon sama wey. letih dengan kelas-kelas ni. kalau nasib baik, weekend ada bengkel. 8am-10am, rehat, sambung sampai pukul 12 ke 12.30pm macam tu. kalau bengkel buat dekat dewan, campur laki perempuan. laki belah sana, perempuan belah sini.


tapi, kalau nak cerita pasal kehidupan dekat asrama ni, memang susah nak habis. mungkin kena buat beberapa version. dorm, dewan makan, roll call, sesi jumpa warden, sesi kena marah sebab tak turun prep, sesi dalam toilet, sesi bilik tv, sesi dengan akak kantin, sesi outing, sesi kad outing kena tahan sebab masa ujian dapat sikit A, sesi nasihat oleh warden, sesi mengumpat senior, sesi bercinta, sesi kerah tenaga, sesi juniors, macam-macam lagi lah.


petang tadi, masa jalan-jalan dekat dapur, ternampak ada satu mug ni. terkenang masa lampau. mug warna putih, cartoon apa tah. siap ada nama. haha. bila ingat balik, kat asrama dulu boleh kata semua benda pon nak tulis nama. walaupun ada yang tak tulis nama, tapi majoritinya mesti tulis. nama panjang ada, nama pendek ada. bila dah meningkat sedikit dewasa, duduk asrama lagi. tapi dah tak heran pasal tulis-tulis nama. tak cool lah kan tulis-tulis nama ni. macam takut sangat pulak orang nak curi. itu pon kalau ada orang nak curi. mungkin juga sebab dah matang sikit kot, maka tak perlu lah nak tulis-tulis nama. sebab semua tahu mencuri adalah berdosa. kalau curi nanti Tuhan marah. mungkin juga sebab dah kenal barang sendiri walaupun benda tu sama dengan kawan punya. fungsi aura mungkin juga ada di sini.


berikut merupakan benda-benda yang saya tulis nama masa duduk asrama dulu :



  1. mug
  2. baldi
  3. gayung
  4. berus basuh baju
  5. bakul letak barangan mandi
  6. bantal
  7. selimut
  8. hanger
  9. hujung cadar (tulis kecik je)
  10. pelbagai jenis buku (buku sekolah of course la kan)
  11. pemyepit baju





buat masa ni, itu je yang teringat. tapi, saya yakin, ada lagi yang lain. nak cakap saya skema? haha, silakan. saya memang skema, dan innocent. sampai sekarang kot macam tu =)))

25112010 - wonder girls




i found this picture in my friend's blog..
interesting?

24112010 - teenage dream

last night, a friend of mine have sent me a text.

"Kalau rasa sedih, pandanglah langit. ingatlah Tuhan masih ada. kalau rasa resah, renunglah dasar hati. yakinlah Allah mencipta kesudahannya, dan kalau rasa tersisih, lihatlah purnama di malam hari. yakinlah Allah tak akan biarkan kita sendirian mengharungi cabaran hidup ini."


well, kalau tak ada purnama nak tengok apa? hehe.

semalam ym dengan sorang kawan. sedih sangat katanya. hurm, agaknya ada ke orang yang suka dengan sedih. of course, saya pon tak suka. like seriously serious tak suka. tapi, sedar atau tak kadang-kadang perasaan sedih ni jugalah yang menyedarkan kita. tentang salah silap, kekuasaan Allah dan sebagainya. Masakan tidak, rasanya baru je kita rasa gembira semalam, beberapa hari lepas, atau pon berminggu-minggu lepas. tapi tiba-tiba sesuatu yang kita tak duga terjadi. kalau itu yang kita mahukan, mesti lah tak sedih kan. macam mana pulak dengan perubahan itu perubahan yang kita tak sangka langsung? mesti rasa gundah gulana. (sangat memahami konon, heh).

sudah terjatuh, baru terngadah. dalam dunia ni ada macam-macam sebab manusia bersedih. kalau betul caranya, kesedihan itu lah yang membantu kita menjadi lebih kuat dalam mengharungi kehidupan akan datang. Allah maha adil. Dia tahu kemampuan hambaNya. Dia takkan biarkan hambaNya buat sesuatu yang hambaNya tak mampu. jadi, kita insan lemah ni, kenalah percaya dengan kekuasaan Allah. mungkin kita tertanya-tanya, kenapalah susah nak dapat apa yang kita nak. macam-macam dugaan kita jumpa. sebenarnya Allah nak uji kita tu. yelah, kita minta macam-macam, tapi deserve ke kita nak dapat semua tu? maka, sebab tu lah Allah uji kita. kalau kita bersabar, dan berdoa, insyaAllah, Allah dengar. ntah-ntah, dapat yang lagi baik dari apa yang kita minta tu.

kepada kawan-kawan yang bersedih hati, berduka lara tu, percayalah dengan kekuasaan Allah. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk awak. percayalah. redha dengan ketentuanNya.Allah dah rancang sesuatu untuk awak. hidup memang byk up and down. itu yang menjadikan kita seseorang. untuk sedapkan hati sendiri, fikir lah yang positive. benda yang menggembirakan pasti ada nanti.

=)

--> ini sekadar kata-kata untuk dikongsi dengan kawan-kawan. dan juga diri sendiri. tak seberapa pun. anda si bijak pandai mesti boleh elaborate panjang lagi kan. hehe. laa tahzan yaw!

22112010 - lakon layar



it's holiday by the way.
semester break, yeah.
i've planned this and that.
and think it might be so much fun.
giddy up and so on.
but, so far i think it's not going to be like that.
abnormal somewhere.
hope it comes to an end point very soon.







i wonder, what kind of animal is this eh?
it's been years, but i still can't figure out.

10112010 - wednesday

IMMUNOLOGY

SBM 3033

NOV, 10 2010

2.30PM

KOM EXAM HALL

SEAT NO. 106


ALL THE BEST NURDHIYA IZYAN!!
YOU CAN DO IT!!

=>