10082010 - ahlan wa sahlan ya ramadhan!!



"kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, 
agar dapat kulalui dengan sempurna."


Ramadhan menjelma lagi. memandangkan sekarang belum maghrib lagi, saya sangat pasti syaiton nirrojim tengah berusaha keras nak buat kerja-kerja durjana mereka dengan bersungguh-sungguh. yelah, menjelang maghrib nanti, secara rasminya syaiton2 nirrojim ni akan dibelenggu. yeay!! =D


sempena Ramadhan al-Mubarak ini, saya dengan rendah hati dan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada anda semua seandainya saya ada membuat apa jua kesalahan, sengaja atau tidak. manalah tahu, kalau ada yang sudi memaafkan, kuranglah sikit dosa ni, maka mungkin bertambah tenang sepanjang berpuasa. hehe =p


sebenarnya rasa macam tak best jugak awal-awal puasa ni, sebab tak dapat solat tarawikh dekat masjid. biasalah, awal-awal puasa memang semangat membara-bara (hopefully sampai akhir ramadhan pon membara). kalau dapat solat dekat masjid kan rasa macam best sikit. lain sikit feel dia. tapi, memandangkan nak pergi pon tak ada transport, maka saya dan rakan-rakan bercadang nak pergi musolla dekat mahallah ni jelah. =) 


semoga Ramadhan kali ini lebih amal, lebih pahala, kurang dosa, kurang buat perkara sia-sia, lebih baik dari yang sebelum-sebelum ni. kawan saya cakap pahala kita buat perkara sunat dalam bulan Ramadhan sama dengan perkara fardhu. perkara fardhu? mestilah lagi banyak kan. rasa macam sedih pon ada =p (emo tak habis lagi).


SELAMAT BERPUASA SEMUA! =D

--> listening to "Harapan Ramadhan" 

No comments: