23062010 - to farah :D


HAPPY 22nd BIRTHDAY
TO

kalau nak kira sejak tadika, dah 16tahun kita berkawan..
lamanya,huhu..
tapi, kita start rapat darjah berapa yeh? darjah 2 la kot..
14tahun!!
suka!! :')

semoga berbahagia selalu..
"cik abang" kau kan da dewasa kan, kahwin la cepat-cepat ye..
kalau nak bertunang nanti, jangan lupa jemput aku..
(akak ko btunang x bgtau pon, kecik hati!)




21062010 - duhhh!



do you have facebook account?
how frequent you check out your facebook?
how frequent you update your "what's on your mind?" in a day?
do you think facebook is something riddiculous?

no matter how extreme facebook influenced you, it is YOU who determine everything.
if you feel like it can harm you a lot, then why don't you stay away from it?
else deactivate your facebook account.
easy.

kau benci orang tu wujud lagi dalam facebook kau.
kau remove jela.
kalau rasa kejam sangat nak remove, ataupon tak sampai hati,
kau hide jela.
ni tak, kau dok bising-bising, update status kau almost every sec.
eh, kau rasa orang suka nak baca ke ha?
sesekali/kadang-kadang tak apa lah juga.
orang faham lah yang kau dah sangat menyampah.
tapi kalau kau asyik cakap pasal benda berunsurkan macam tu,
orang lain yang menyampah nak tengok.
balik-balik update kaaaauuuu je yang keluar.
kusut lah kau ni.

kalau kau putus cinta,
tak payah nak maki hamun kekasih kau tu macam kekasih kau tu pembunuh bersiri.
kalau nak sangat maki, ok fine.
tapi sikit-sikit dah la wey.
ini setiap saat nak maki.
apa kes?

kalau kau diambang percintaan.
dah mengalahkan laila dan majnun, rumi dan juli,
kau tak payah la bersifat romantik na bona kt status facebook tu.
sesekali okay lah. aku faham, orang lain pon faham.
tak pon kau pandai-pandai lah nak update apa yang tersurat di hati,
tapi bukan berunsur geli.
boleh?
ini setiap saat nak berjiwang.
setiap 5minit nak update status.
kau ingat ni sms?
kau ingat kau artis?
apa kes?

haishh, dah la kau ala-ala menjengkelkan.
update pulak benda-benda camtu.
geli infiniti.

--> ingatkan saya kalau saya pula yang bersikap geli/menjengkelkan/jelek macam tu. terima kasih.

---> saya ada kenalan yang jelek. anda bagaimana? saya cuba untuk tidak menjelekkan diri terhadapnya, tapi tak berjaya. sebab dia dah berak.




20062010 - cik mat

today is sunday, june 20th. sunny day, no rain, cloudy, windy, just perfect. 
it's been so long to be home on weekend since previous previous previous weeks my family have agenda which need us not to be at home. 
so this week was a relaxing weekend. 

today is special day. it's FATHER'S DAY.
i didnt give my dad any present due to lack of money,huhu.. not only lack but almost none -___-"
i only buat air sarsi special for my dad after he mesin rumput,hehe. 
yeah, my dad mesin rumput himself at home. i prefer my dad's potong rumput rather than 
upah anybaody to mesin rumput. my dad's potongan rumput is just perfect. like padang golf :p
(eh, tapi ada belikan abah baju masa pergi bandung. kira hadiah la tu)

what so special about my dad?
he's like your dad lah. very caring, understanding. especially when it comes to my money matters. 
i rarely ask for money. when he ask me, "duit ada lagi?" i would say, "adalah sikit-sikit." he will understand my hidden message there. hehe. 
(tapi tipulah kalau cakap tak pernah mintak)

he loves gardening. sooo muchh!! 
(allow me to write in malay. my english is not really good. nanti mesej tak sampai pula ---> alasan)
setiap petang, adalah wajib untuk abah saya meninjau-ninjau, siram pokok-bunga, 
dan buat lah apa-apa yang patut dekat halaman rumah ni. beliau tak akan buat macam tu kalau hujan 
atau ada orang datang rumah. 
kalau siapa-siapa yang nak telefon abah petang-petang macam tu, maaflah,
 telefon semula malam nanti. susah nak menjejaki kat mana abah petang-petang.
 (kawasan rumah saya luas dan berbukit-bukit)

to make it short :

abah pandu kereta sangat cermat. alhamdulillah belum pernah accident lagi sampai sekarang.
 dan tak nak accident. menakutkan. nauzubillah!

abah nyanyi sedap. dulu masa abah kerja lagi (sekarang dah pencen) setiap kali ada family day office abah/mama, abah akan disuruh menyanyi. kenduri kahwin family terdekat pon abah akan nyanyi. 
lagu wajib nyanyi, siti payung. lepas tu nanti adik beradik abah mesti ada yang menangis. 
saya tak tau lah apa sejarah disebalik lagu tu. 
mungkin arwah wan suka lagu tu?

abah suka bercakap, suka berborak. ramah bertempat. maka, 
selalunya kalau family day abah akan jadi emcee. 
(masa dekat hostel dulu pon saya selalu jadi emcee :p )

abah tak garang. tapi diamnya menakutkan -___-"

abah sangat penyabar. sumpah tak tipu! nasib lah saya yang degil ni tak dapat bapak yang kaki pukul. 
kalau tak memang jadi pemanggil tetap tele-dera.

rambut abah saya masih hiiitam walaupun dah melepasi 55 tahun. adalah uban.
tapi kena selak-selak sikit baru jumpa. 
apa rahsia dia, saya pon tak tau.

abah ada cara lain untuk kejut saya kalau susah sangat bangun, 10x kejut pon tak nak bangun. 
bukan tak nak bangun, tapi mata tak boleh bukak.
abah tutup kipas.
 tak lama lepas tu mesti saya bangun punya. tapi tak suka cara ni, 
sebab rimas berselimut tapi xde kipas.

setiap hari abah wajib minum petang walaupun dengan minum teh o je. 

abah tak cerewet pasal makanan.

abah suka bela binatang. abah dulu pernah bela burung merpati masa duduk pahang. 
2 sangkar besar. macam reban. huhu. 
sekarang ada ayam kampung, ayam serama, ikan pelbagai jenis dan saiz, kura-kura
 (asalnya saya bela kat matrik), kucing. ayam daging pon abah penah bela. 
teringin nak bela arnab.

dulu-dulu abah suka bersukan. tenis, sepak takraw, badminton, bola sepak, bola tampar, dll. 
tapi lepas insiden patah kaki masa main bola tampar dekat pahang sebab ada seminar.

ramai orang lebih kenal abah dengan nama CIK MAT dari nama abah yang betul. 
nama abah : Mohd Radza bin Hj. Zubir bin Hj. Hamzah


hari raya, melawat saudara-mara.
from left : acik (adik abah), atok (adik arwah wan), abah. 


kelantan : abah tgh pilih topi berkebun. beg saya, abah bawakkan :p


abah




abah and mama




to abah, i love you so much. 
i try to be the best as much as i could. 
please stay healthy and strong. 
we need you. 
you can't be replaced.

HAPPY FATHER'S DAY!!

=D

--> the warmest wish also dedicated to all fathers in the world.

---> happy father's day and happy 30th birthday bangah!! (bangah paling rajin melayan saya masa saya kecil. sekarang kurang sikit sebab dia dah kahwin) =)



19062010 - bunga bawang



di rumah saya ada banyak pokok bunga dan pokok-pokok lain. one of them is pokok bunga bawang. ada banyak juga lah bunga bawang ni dekat rumah. awak tau tak bunga bawang tu yang mana? 


daun dia hijau
panjang-panjang
ada macam bawang aka rhizome
bunga dia ada macam-macam warna
ada jenis yang rare dan tak rare

kat rumah saya ade jenis rare dan tak rare. 2hari lepas, bapa suruh lah saya ambil gambar bunga bawang die yang rare, susah nak berbunga. bunga dia warna putih. ada 2 kuntum.

tapi, macam biasalah. saya kan suka melengah-lengahkan kerja. dalam hati nanti lah ambil, sebab masa tu dah nak hujan. bapa dan mak saya pula lepas tu pergi mana tah. jadi, tak ada orang lah yang nak membebel suruh saya ambil masa tu jugak.

petang semalam pergi rumah makcik saya. malam tu balik rumah ternampak bunga tu. baru teringat abah suruh ambil gambar. bunga tu nasib baik ada lagi. dalam hati esok pagi la ambil gambar.

sekali je, pagi tadi abah tanya, dah ambil gambar bunga tu ke belum? abah suruh saya tengok bunga tu. tak ada sekuntum pon yang tinggal. tanpa berlengah lagi, terus kena bebel sekejap.

RASA BERSALAH SANGAT.

dan-dan abah cakap bunga tu 6 bulan sekali baru berbunga. -__________-"

bunga punya pasal, tak pasal-pasal kena bebel. potong stim mood hari sabtu betul. nasib baik mak tak mencelah, kalau tak, lagi berkuasa bebelan tu.

kerana kauuu.......


tak nampak bunga kan?


oh, bukan 2 kuntum la, 4 kuntum! makin rase bersalah :(



rebah ke bumi~~

--> sorry bah, bulan 12 nnt ya amek yeh? :p

18062010 - belon


WARNING : entry ini berkisar tentang seorang sahabat. maka, bahasa pasar lebih sesuai digunakan supaya mesej sampai entry ini dibuat kerana geli hati sangat baca blog dia ni.


hahahahahaha..adoi, lawak la wey kau ni..
sengal pon ye jugak..hahahahaha..
gelak jantan aku bace entry kau..ni bukan takat sengeh2 atau ketawa kecil, 
malah siap kua suara,hahahaha..

paling xboleh blah pasal yayayayaya ko 2..
aku da hapal da, kne 3x ya bru menjadi..
tah otak ko pk ape agaknye time nk carik name yayaya 2,hahahaha..
vudu laaa =)) *bygkn org kuning kt ym 2 tgh bdekah ketawa*

jenuh aku try byk kali nk tgk blog ko selama beberapa hari..
tp kecundang..
rupenye ko da tuka yayaya ko 2 kepada yang lebih rational,hahaha..
siap da google ayam masak merah tau,hahaha..

kepada awak-awak (bukan kelasi okay) yang nak rasa kesengalan aliyahyayaya ni, boleh la melawat ke blog beliau. mungkin awak tak rasa lawak, tapi saya boleh gelak bila baca sambil terbayang aliyahyayaya. :)

the words of aliyahyayaya, previously known as AYAM MASAK MERAH (click kt ayam masak merah tuuu)

apa kaitan aliyahyaya/husniyahaliyah dengan belon?

--> aku suke time ko naek syeh :p

---> bile da bace blog senah, terasa byk bende tak update lg..      -____-"




radio 1

YUNA - BACKPACKING AROUND EUROPE



We question what we are


This I spent the best so far

And I miss you

When we're apart

I... I barely even know you

You rarely do this too

I don't usually talk to strangers

Until I met you

And this feeling shall last

This feeling shall last

We are proud to know to not to know

That we are strong enough to let it go

And this feeling shall last

This feeling shall last

I could be a thousand years apart

And you always have my heart


Well this has been nice

We'll meet again sometime

But I can't promise you

'Coz I'm flying away

When I'm (on) top of some building in Montreal

With the lovely view

I'll think of you


We're going that backpack intrigue

We're traveling around Europe

And 7 different languages

And learn how to say Hello

Oh will you do stop by the Eiffel Tower

We'll drive around Rome

Before we head on home

It's a small world darling

And we are still young

We might be so far away

We might just meet again someday

--> hurm,soothing~

16062010 - zila suruh



1. kenapa kamu suke blogging?

suka ke? ntah lah, saya baru saja terjebak dalam kelompok ni. jadi saya tak berapa nak pasti lah,hehe. suka la kot, tapi masalahnya nak buat post baru tu agak malas,hehe.. 
(saya lebih suka membaca blog orang lain sebenarnya)


2. adakah kamu bahagia dengan kehidupan kamu sekarang?

mestilah bahagia. saya masih mempunyai keluarga lengkap yang bermaksud ada ibu bapa dan adik saya serta kaum kerabat saya yang lain. bahagia sebab ada kehidupan yang lebih baik berbanding saudara-saudara saya di negara lain yang hidup dalam bahaya. bahagia sebab kebanyakan kehendak saya masih mampu didapati walaupun ada juga yang tak,hehe. bahagia sebab saya masih mempunyai kawan-kawan yang baik. :)
tapi, hidup ini umpama pokok semalu. ada masanya kembang, ada masanya kuncup. :p


3. apakah impian kamu 5 tahun akan datang?

5 tahun akan datang umur saya ialah 27 tahun. (selalu confused umur sekarang ke 22 thn -__-) maka saya harap masa tu nanti saya dah habis belajar. kalau sambung peringkat sarjana mungkin tak habis lagi la. saya harap masa tu nanti dah ada kerja yang menggembirakan dan menyeronokkan. jadi masa tu boleh lah nak langsaikan permintaan kawan-kawan saya yang sibuk suruh belanja macam-macam. ye, kawan saya demand. mungkin juga masa tu saya sudah berkahwin atau pon dah nak kahwin atau pon tengah pilih baju untuk kahwin. wah, kahwin? masa tu juga saya mahu ada kereta sendiri, berusaha nak kumpul aset lah. nada cakap aset itu penting,hehe. macam-macam lah lagi. kalau nak cerita pasal impian ni, sampai esok pon tak habis cerita. ini cuma sebahagian sahaja :)


4. siapakah orang yang kamu mahu sentiasa di sisi kamu?

keluarga dan kaum kerabat yang ramai itu
sahabat-handai, rakan-taulan, teman-teman
SUAMI!! ( bila dah kawen nnt la,haha)

5. sila beri award ini kepada 5 oarang bloggers yang anda suke.

sorry la zila, aku malas nak tag orang :p beri aku masa pliss,hehe..


6. apa pendapat kamu tentang award ini

bagus la jugak kot. sebab kalo tak ada award ni, zila tak tag saya. kalau zila tak tag saya, tak ada la orang pertama yang tag saya :p


--> thank you zila kerana promote blog aku kat farah :) huhu

15062010 - awesome-nesss!

pheww~~

too many things to be told..
too many memories to be remembered..
too many pictures to be viewed..
too many 'rm' to be recovered..


less time to tell about my vacations..
traveling mode still in active mode..
honestly, i can't get enough of it..
i want more, more and more..haha..
 

--> blogging mood xde lagi

04062010 - wau bulan









hohoho. malam ini saya bersama kedua ibu bapa saya akan ke KELANTAN DARUL NAIM :D 
dah lama gila tak pergi Kelantan. Last pergi tak tahu tahun bila, punya lah lama sampai tak ingat dah. ni ala-ala rombongan cik kiah la, sebab ni trip office mak saya yang organize. oleh sebab mak saya dah nak pencen (dah xbole duduk johorrrrrr -__- ) tak lama lagi, maka join jelah. besar kemungkinan ramai golongan mak-mak dan bapak-bapak la rasanya. mungkin juga anak-anak meraka ikut juga. dah cuti sekolah kan? tapi, saya bukan kenal sangat pon anak-anak diorang, sebab saya tak bersekolah kat sini, pastu jarang balik rumah, kalau balik pon duduk rumah saja. hehe. tak kisah lah apa pon, yang penting dapat jalan-jalan!! :D 


--> dari johor-kelantan berapa jam yeh? sebab pergi naik bas                                            -________________________________-" 

semoga TAK PENING kepala
semoga tak terasa lama 
semoga cepat sampai
semoga SELAMAT
semoga bas tak rosak

semoga dapat beli barang-barang best :p


----> dah sediakan panadol..mane la tau nnt pening kepala..tak dapat nk bygkn pg kelantan naik bas, lamaaaa..nk pg kuantan pon rase mcm nk pengsan..trauma~

rumi dan juli



"haaaa, juli datang lagi..."
"hey, july is here!!"
"lah, dah bulan julai ke?"

ye, bulan julai kini kembali lagi. rasa begitu cepat masa berlalu. rasa baru je sambut new year 3 hari lepas. (tipu, tahun ni mane ade sambut new year, kau kat bilik kot, kebosanan mase 2)  juli oh juli~ rasa macam berperasaan aneh. dia macam takut, tapi bukan takut, saya pon tak tau apa. tapi merupakan sebuah perasaan. yelah, cepat sangat masa berlalu. terfikir juga apa yang saya dah buat dalam masa 6 bulan ni. yang paling utama, azam yang dipasang awal tahun hari tu dah berjaya dicapai ke belum?hehe.. kalau belum, usaha nak merealisasikannya tu dah banyak mana? ini semua soalan untuk diri sendiri. tapi, boleh juga kalau awak-awak semua nak sibuk-sibuk juga. berkongsi itu mengambil berat (sharing is caring) :p


persoalan demi persoalan :


kata nak kumpul duit dan tak nak membazir.
sudah mula kumpul duit? ikut target x?


kata nak berubah menjadi lebih baik.
ada progress tak? ke tanduk syaiton makin meninggi? :p


kata nak dapat keputusan peperiksaan yang masyuk.
sudah berusaha ke arah itu? perancangannya?


kata nak jadi anak yang meringankan kerja ibu bapa.
kain dalam bakul tu dah lipat?
(byk gile kot berlonggok dalam bakul 2, malasnyeee -__-)


kata nak kahwin tahun ni.
dah bersiap sedia mental dan fizikal?
(wah, fizikal,haha)


dan banyak lagi lah bendanya. semua orang ada impian, azam, misi, target masing-masing kan. yang bezanya, tercapai atau tidak, berusaha atau tidak je. tapi kalau saya, azam tahun ni sama je macam azam tahun lepas. adalah tambah sikit-sikit.
kepada yang belum berjaya tu, jangan risau, baru bulan julai kan, masih belum terlambat nak capai azam tu. kalau sampai akhir tahun nanti pon tak tercapai juga, tak mengapalah. sekurang-kurangnya sendiri puas hati sebab sendiri dah berusaha. maka, jom berusaha!! (cube kire ade bape byk usaha kt cni,mcm byk kn?)


well, congratulations to siti hajar harith and also nadrah ismail :D happy being wifey!!
haha, can't wait to see u with a big bump to class..if and only if you get pregnant before we grad la. :p


selamat pengantin baru!! :)))))) 


(they are my classmates, and we are 22years old)


--> soalan2 di atas random je, bukan planning sy ye..kang salah anggap pulak :p