04012011 - pelajar sambilan?

oh, class EOP cancelled. setiap minggu pon ada class cancel. dah la sem ni memang tak banyak class.

isnin : memang tak ada class langsung. (gembira, sebab kalau balik weekend, boleh extend sampai isnin.)

selasa : pack! macam hari ni, sepatutnya class dari 10am-1pm (haematology), 2pm-5pm (haematology lab),
5pm-7pm (recreation class), 8pm-11pm (EOP). nampak tak tahap pack dia macam mana???? class haematology memang terbaik.terbaik di sini tak ada lah terbaik like real terbaik (memang baik pon lah). sebab class 3 jam, lecturer tu ajar memang solid 3jam. menangis. panas punggung. berpinar mata. penat telinga. tambahan pula, class dekat ALT3 tu baru tukar aircond agaknya. sumpah sejuk nak mam! dengan laparnya lagi. boleh bayangkan tak tahap tu? lapar, masuk air, sejuk, penat. rehat pon 5minit je. memang lecturer tu menggunakan masa dengan sangat berdedikasi. tabik springringring! tapi yang kagum (betul-betul punya kagum) lecturer ni macam tau semua benda. tanya lah pasal anatomy, physiology, chemistry, physics, semua dia tau. kalau tak banyak pon, at least, basic dia tau. mantap. genius. siap ingat darjah berapa dia belajar. memory card brand apa dia guna??? oh lupa, hari selasa bukan setiap minggu pon ada lab, setiap dua minggu sekali je.

rabu : siang tak ada class langsung. malam je ada class EOP. siang buat apa?? n.o.t.h.i.n.g.

khamis : sesi pagi tak ada class langsung. petang macam hari selasa juga, kadang-kadang je ada lab. dua minggu sekali. malam? free.

jumaat : siang je ada class. 1 class je. toxicology. lecturer ni sumpah strict! (sem semua lecturer strict kecuali untuk class skill)

sabtu, ahad : FREE. tak kan setiap minggu nak balik.

nampak tak betapa banyaknya masa di situ? betul tak kalau cakap ini dah macam pelajar sambilan?
kalau nak kerja pon boleh. macam dah terlintas di hati, tapi tak payah la nak mengada-ngada. transport tak ada. kau nak pergi balik kerja siapa nak ambil? kalau tiba-tiba banyak assignment kena buat, kan dah gelabah ****k.

dengan kuantiti masa lapang yang banyak sebegini, amatlah rugi kalau tak diisi dengan perkara-perkara bermanfaat. namun, untuk mencari apakah perkara bermanfaat itu, bukan senang ye. kebarangkalian untuk membuang masa begitu sahaja amatlah besar. lebih-lebih lagi untuk manusia seperti aku. sunyi? itu tak payah tanya lah. memang lah sunyi. handphone pon bisu. (emotional sekejap).

manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. dulu busy, cakap tak ada masa free. sekarang dah free, cakap bosan pula. ye, saya bersyukur. alhamdulillah.

bila dah asyik tak ada class ni, rasa malas nak pergi class pon ada juga. tapi, wujud juga perasaan semangat nak pergi class, sebab macam dah lama tak pergi class.

--> ada orang pervert. SOS!!! perlukan perlindungan segera.

No comments: